Latihan Kebakaran PI Zon Miri 2017
21 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2017 yang lalu, PI zon Miri dengan kerjasama Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Latihan Kebakaran yang dilaksanakan di PI Lambir Miri.
PI yang terlibat ialah PI zon Miri iaitu PI Kg. Luak, PI Kg. Lambir, PI RPR Permyjaya, PI Bekenu, PI Sibuti dan PI Niah Suai. Seramai lebih daripada 30 orang komuniti kampung Lambir telah menyertai latihan kebakaran tersebut.
Wakil Bomba dan Penyelamat Miri telah mengadakan ceramah keselamatan semasa menghadapi kebakaran dan cara-cara menggunakan alat pemadam api. Selepas ceramah selesai, komuniti kampung dan staf PI diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api yang telah disediakan oleh pihak bomba dan penyelamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: